Friday, 2 October 2009

Raya 2009

Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin. Lama sungguh aku bercuti dari menulis blog ni. Bukan apa, kesuntukan masa adalah faktor pertama yang menjadi penghalang nyer. Baru hari ni , jari jemari ku mengetuk keyboard komputer untuk menulis apa-apa yang patut di blog iniiiii. Ha ha ha. Banyak cerita hendak di tulis, secara ringkasnya di bawah ni.....
1. Berhari raya dari selatan hingga ke utara. Maklumlah kahwin dengan orang penang, jadi travel johor ke penang. Singgah sebentar di cameron highland 4 hingga 5 jam di sana untuk menghiru udara segar, sambil tu berhari raya di sana bersama-sama dengan daun2 teh dan buah strawberry.
2.Terus ke bee pee semalaman untuk melonggarkan skru-skru diotot2 badan yang tegang. Petang jumaat singgah pulak di air hitam dengan tujuan shopping bunga2 dan daun2 kering untuk dihias di ruang tamu.
3. terus balik rumah, esok ada open house jiran.
4. Malam ahad, kena diarrhoe and muntah2 sampai tak boleh bangun.
5. MC satu hari.
6. Going back to school. Letih nyer.....
7. Baru segar semula.
Alhamdulillah

Saturday, 12 September 2009

Cookies for eid

Taraaaaaa....hari nie dapat buat 2 jenis cookies, shortbread marble dan almond almond. First time buat shortbread marble, alhamdulillah berjaya akhirnya.Petang nanti nak buat lagi.Many thanks to Maklang coz berkongsi resepi di alam cyber ni. Rasa...belum lagi. POSA tau..lepas buka posa boleh lah tau rasanya, nampak macam sedap bangat gitu. Rupa? CANTIK sungguh, mana tidaknyer buat dengan penuh khusyuk, tiada gangguan, bertemankan radio HOT FM alunan lagu-lagu raya. Resepi dr Maklang :



Biskut Shortbread/Choco Batik
Sumber : Anis Adlina

Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak (alas bhg basenya saje...)
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti)...jgn kering nanti bkut berderai
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.Cucuk ngan garfu biar msk sekata
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum
dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)
shortening (agak2 aje)

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong ked lm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau
sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan
biskut dlm bekas kedap udara.

Tamat jam 8.00 pagi, terus membelai orchid kesayangan di bawah ampaian baju...sedihnyer orchid2 ku tiada berumah hanya menumpang di bawah baju2 yang disidai. Tak pe lah janji hidup subur dengan daun menghijau dan bunga2 yang berwarna-warni, purple, putih , pich , oren. Dapat bonus boleh la buat rumah orchid. berangan jer, mintak2 jadi kenyataan. he he he....





















































Alamak, my little princess dah bangun.Terbantut kerja menyusun cookies di dalam balang biskut. Syafiqah, your turn to keep it all the cookies ok...nasib baik ada pembantu yg baru abis exam. My hubby plak, ada space kat jb je. continue petang nanti utk versi shortbread marble. Gambar-gambar terkini akan diupload petang nanti. ta ta...

Friday, 11 September 2009

Corn Flakes Madu

First cookies I did it for today..ehem..ehem.apa namanyer..corn flakes madu,senang bangat buatnyer tapi dengan dua pembantu yang setia. Hazim, thanks to help me...nanti mama belanja aiskrim ya. Resepi di ambil blog hanieliza. tq


CORNFLAKES MADU COKLAT CHIP
Bahan A
150 gm butter
90 gm gula kastor
5 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm coklat chips
100 gm badam cincang panggang

Hiasan
paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Inilah hasilnyer...

Thursday, 10 September 2009

Bonus Raya

Tak dapat bonus raya untuk tahun ni.Tak de rezeki nampaknyer raya tahun nie. Terpaksalah duit2 raya di cut 50% berbanding tahun2 lepas.Apa nak buat,gawat ekonomi katakan. Harap-harap dapatlah bonus sebulan gaji ka,dua bulan gaji ka selepas belanjawan dibentangkan pada oktober nie.
UPSR dah pun selesai petang tadi. Mudah-mudahan Nur Syafiqah dapat la keputusan yang cemerlang di dlm peperiksaan UPSR dan SPPM nyer.
Menu berbuka puasa hari nie, nasi lemak sambal udang, ulam timun berserta telur rebus dan ikan bilis goreng.Licin semuanya. Yummy kata anak2 memuji masakan nasi lemak ku....he he he...

Wednesday, 9 September 2009

Arghhh,letih nyer hari ni.Cuaca panas terik ditambah dengan berposa.Sabar separuh daripada iman.Mesyuarat Pecutan Terakhir Sejarah PMR di SMKVokasional indahpura bermula jam 2.15 hingga ke 3.30 ptg. Sempat juga masak utk berbuka,ringkas,simple dan yg penting yummyyy..ayam masak merah, petola masak air n sotong goreng. Hingga ke hari ni,belum lagi membeli di pasar ramadhan.
UPSR hari ni hanya paper math 1 sajer. Mudah-mudahan dapatlah si syafiqah keputusan yang cemerlang di dlm exam UPSR dan SPPM nyer.Aminnnn.
Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan beraya. Biskut raya blm dibuat lagi.Weekend ni projek biskut raya. Sibuk memanjang sepanjang dua minggu nie. Alhamdulillah nama tidak disenaraikan sebagai pengawas peperiksaan PMR.Syukurrrr....

Monday, 7 September 2009

UPSR Exam today....

Hari nie exam UPSR for my daugter Nur Syafiqah...mudah2 boleh la jawab.Paper BM 1,BM2 and Math 2. Yang penting dah berusaha,hanya berdoa untuk dipermudahkan segala urusan.
Ahhh, malasnnyer nak gi sekolah, kalau dapat cuti sekolah memanjang kan baguih.Tak pa lagi dua minggu boleh cuti lagi...cuti apa ek?cuti Raya la, lepas seminggu budak2 exam PMR, boleh lah mengyiapkan kerja2 sekolah yang dah bertimbun2 macam gunung menanti. Sambil2 tu boleh la belajar jahit manik kat baju.Tungguuuuuuuuu.Tengok orang lain pakai baju berjahit manik, teringin sesangat.

Saturday, 5 September 2009

Testing....testing

Teringin nak buat blog sendiri, hari nie try create blog sendiri.Alhamdulillah dapat jugak buat blog nie. Lepas sahur terus mengadap my best friend ni (komputer la).sementara anak2 kecik sedang dibuai mimpi, kalau dah bangun si hero ngan heroin dia la yang conker komputer nie. Tapi terkial-kial baca instruction mcm mana nak create blog. Dah la terlupa password gmail nie, maklumlah banyak sgt password nak diingat...facebook la, yahoomail la, macam2 lagi nak diingat..
Tapi tak pa la, janji hati senang dan tak kacau orang lain...he he he.Aku punya blog suka hati aku la nak tulis apa....ni nak testing jer...okey...nanti sambung lagi.